ini la dia ikan liking tu

ini la dia ikan liking tu
sebagai lauk pembuka selera, cicah dengan air asam cili padi atau jeruk bambangan

Tuesday, March 30, 2010

ikan liking yg saya jual ni suma fresh, maksudnya yg mmg terus proses jadi ikan masin liking selepas ditangkap dari laut hehe..belum masuk ais atau peti sejuk. so dijamiin tak berbau busuk (bau2 sedap, membuka selera, iya..) atau hancur semasa digoreng.
salam semua.. blog masih di peringkat awal, jadinya, minta maaf banyak2 atas kekurangan yang ada. segala kesulitan dan kekurangan sedang diatasi..InsyaAllah dalam minggu depan, semua ok..
gambar yg di atas tu, medium size, dalam 25cm, isi tebal rm20 saja. gambar yg 1 lg tu, seekor tu small size dalam 23cm rm10, isi nipis sedikit, tp rasa tetap kaw2..nanti saya upload gambar ikan saiz yang besar tu ya. kos poslaju nanti sy check dgn pos malaysia. but buat masa ni, free delivery.. ok, sudi2kan la....
tawaran istimewa pos percuma sehingga 15 april 2010! kalau mau dengan jeruk bambangan pun boleh diaturrrr...
ikan liking ni ialah sejenis ikan masin yang popular di daerah kota belud sabah. ia dibuat daripada sejenis ikan yang dikenali sebagai 'rari' dikalangan penduduk tempatan. rasanya amat sedap dan berbeza dengan ikan masin yang lain. ianya sesuai dimakan bersama nasi panas, lebih sedap jika dicicah air asam cili padi atau jeruk bambangan..